Wednesday, September 15, 2010

Ada berapa Malay Town di Malaysia?
Kita biasa mendengar tentang China Town dan Little India. Pada hemat saya kesemua pekan adalah milik kaum Cina. Ada beberapa lokasi dipanggil Little India. Namun tidak ada suatu lokasi khusus yang dipanggil Malay Town.
Kita perlu membangunkan Malay Town sekurang-kurang satu disetiap ibunegeri. Malay Town merupakan hub perniagaan milik Melayu, dari situ bolehlah dikembangkan perniagaan kita ke serata negara dan ke serata dunia.
Walaupun kita tewas suatu hari nanti, kita masih ada sesuatu yang boleh kita panggil kita punya untuk dipertahankan. Andai kita kehilangan kuasa di Malaysia, kita masih ada 14 Malay Town. Tidaklah nanti habis semua. Andai kita tewas suatu hari nanti sekurang-kurangnya kita ada tapak untuk bangun semula.
Malay Town juga boleh dijadikan pusat tumpuan pelancongan seperti Petaling Street di Kuala Lumpur. Di Malay Town juga terpelihara segala warisan kesenian kita dan keIslaman kita. Walau kini ramai diantara kita yang terlupa diri, dengan adanya Malay Town, yang terlupa dikalangan kita boleh kembali semula ke akar diri, kembali ke pangkal jalan setelah menyedari rupanya telah tersesat jalan. We need to have somewhere to go home to....Malay Town!!
Perjalanan kita masih terlalu jauh. Sebenarnya perjuangan kita baru sahaja bermula.....
Sementara masih ada saki baki kuasa, ada baiknya kita membangunkan Malay Town ini, andainya kita tertewas masih ada yang terpelihara yang boleh kita anggap milik kita. Disana boleh kita berkumpul mengatur semula langkah mendapatkan semula apa yang telah hilang dari kita.
Just D.U.I.T
Didalam arus kemodenan dan kemajuan, kampung kita satu persatu TELAH tergadai!!

No comments:

Post a Comment