Wednesday, September 15, 2010

Ada berapa Malay Town di Malaysia?
Kita biasa mendengar tentang China Town dan Little India. Pada hemat saya kesemua pekan adalah milik kaum Cina. Ada beberapa lokasi dipanggil Little India. Namun tidak ada suatu lokasi khusus yang dipanggil Malay Town.
Kita perlu membangunkan Malay Town sekurang-kurang satu disetiap ibunegeri. Malay Town merupakan hub perniagaan milik Melayu, dari situ bolehlah dikembangkan perniagaan kita ke serata negara dan ke serata dunia.
Walaupun kita tewas suatu hari nanti, kita masih ada sesuatu yang boleh kita panggil kita punya untuk dipertahankan. Andai kita kehilangan kuasa di Malaysia, kita masih ada 14 Malay Town. Tidaklah nanti habis semua. Andai kita tewas suatu hari nanti sekurang-kurangnya kita ada tapak untuk bangun semula.
Malay Town juga boleh dijadikan pusat tumpuan pelancongan seperti Petaling Street di Kuala Lumpur. Di Malay Town juga terpelihara segala warisan kesenian kita dan keIslaman kita. Walau kini ramai diantara kita yang terlupa diri, dengan adanya Malay Town, yang terlupa dikalangan kita boleh kembali semula ke akar diri, kembali ke pangkal jalan setelah menyedari rupanya telah tersesat jalan. We need to have somewhere to go home to....Malay Town!!
Perjalanan kita masih terlalu jauh. Sebenarnya perjuangan kita baru sahaja bermula.....
Sementara masih ada saki baki kuasa, ada baiknya kita membangunkan Malay Town ini, andainya kita tertewas masih ada yang terpelihara yang boleh kita anggap milik kita. Disana boleh kita berkumpul mengatur semula langkah mendapatkan semula apa yang telah hilang dari kita.
Just D.U.I.T
Didalam arus kemodenan dan kemajuan, kampung kita satu persatu TELAH tergadai!!
STRATEGI MODAL DAN DAYA TAHAN
Orang kita cukup terkenal gagal dengan sebab ketiadaan modal. Untuk mulakan perniagaan tiada modal. Untuk modal pusingan pun sentiasa menjadi persoalan.....untuk bertahan..? Orang kita berniaga korek lubang..kambus lubang....Selepas setahun "berniaga" hilang kawan hilang saudara. Duniapun jadi kecil akhirnya..
Pada pendapat saya modal adalah perkara kedua...Masalah besar peniaga Melayu adalah pasaran (market). Sebagai peniaga siapa agaknya pelanggan anda? Sebagai pelanggan, anda sendiri membeli dari siapa?
Jika kita tiada masalah pasaran,...kita tidak akan ada masalah modal. Bangsa lain jual apapun laku...ORANG KITA pasti membeli!! Bank pun tak segan nak beri pinjaman kerana mereka (bangsa lain) boleh membayar balik.
Bila kita nak mengkayakan bangsa kita? Jika keadaan ini berterusan, menjelang tahun 2020 Bangsa Melayu hanya akan menjadi bangsa pekerja bawahan sahaja!!
Renungkanlah......!!!??
* * * * *
Bagaimana jika pada setiap bulan anda menerima RM5,000.00++....!!!?
Bayangkanlah apa yang boleh anda lakukan demi mencapai cita-cita anda dengan pembiayaan sebanyak ini setiap bulan. Tak perlu korek lubang,..kambus lubang. Tak perlu lagi menjadi UKK..(Usahawan Korek Kambus..)
Bolehkah agaknya anda merancang dengan lebih teliti perniagaan anda, menambah ilmu yang berkaitan perniagaan yang anda rancangkan. Membuat R&D sebelum memasuki pasaran.